Proton melancarkan model terbaru Suprima S, 16 bulan selepas pelancaran Proton Preve.

Model Suprima S dilancarkan untuk memenuhi permintaan bagi mereka yang  meminati model dengan gaya sporty. Ia mempunyai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam.

Suprima S mensasarkan golongan eksekutif muda dan keluarga, mempunyai masa pecutan 9.9 saat dengan penggunaan  9.1 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer perjalanan.

Majlis pelancaran diadakan di ibu negara, dan dihadiri oleh Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proton Suprima S dilancarkan dengan dua varian. Versi Executive berharga dari RM76,638 manakala versi Premium berharga dari RM79,638.

Proton Suprima S dilengkapi pelbagai ciri-ciri penting untuk tahap keselamatan maksimum, antaranya termasuklah ABS dan EBD, Hill-Hold Assist (Premium sahaja), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control (TC), enam beg udara, serta turut dilengkapi sensor parking depan dan belakang (Executive depan sahaja), kamera undur, lampu utama automatik (Auto headlamp), dan Electronic Gear Shift Lock (Premium sahaja).

Kedua-dua varian Suprima S Executive dan Suprima S Premium dilengkapi enjin Campro 1.6 Turbo, yang sebelumnya dikenali sebagai enjin CFE seperti mana didapati pada model Preve Premium, (140 PS at 5000rpm, maksimum torque 205Nm from 2000 to 4000rpm)

Ciri-ciri eksklusif lain yang melengkapi Suprima S Premium ialah penganjak pedal (Paddle Shifter), penyaman udara kawalan auto, butang Push/Start, Auto Cruise dan Auto Wiper (depan sahaja). Lima warna menarik ditawarkan untuk Proton Suprima S baharu, antaranya ialah Atlantic Blue (Biru), Fire Red (Merah), Genetic Silver (Perak), Solid White (Putih) dan Tranquility Black (Hitam).