Banyak sungguh model telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung, berpinar mata nak memilih. hehe. Selepas melancarkan tablet versi PRO yang turut menawarkan skrin bersaiz 12.2 inci, kini Tab 3 versi 'ringan' dilancarkan atas dasar untuk menembusi pasaran 'bajet'. Atas dasar 'bajet', apa yang ditawarkan juga memperlihatkan spesifikasi yang asas/rendah berbanding model tablet Samsung yang lain.

Pemproses dwi-teras 1.2GHz Marvell PXA986, Android 4.2 Jelly Bean, 1GB RAM, storan 8GB dengan paparan 7 inci beresolusi 1024x600 dan hanya kamera utama 2MP (tiada kamera selfie...hehe). Hadir dengan warna hitam dan putih serta warna lain yang akan dilancarkan seperti Peach Pink, Blue Green, dan Lemon Yellow. Harga di pasaran Malaysia sekitar RM599.