Sebelum tibanya iPhone dan Galaxy, dekad 1980 hingga 2000 Nokia adalah yang paling hebat. Siapa boleh lupa model 3310 yang sangat popular pada ketika dulu sehingga terjual sebanyak 126 juta unit di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun kehebatan Nokia tidak kekal apabila tsunami telefon pintar bermula, lebih-lebih lagi munculnya iOS dan Android. Nokia yang pada ketika itu masih setia dengan Symbian OS mula tewas dan akhirnya bahagian mobile Nokia dibeli oleh pihak Microsoft yang yang popular dengan OS Windows Phone.

Microsoft membeli Mobile Division Nokia pada April 2013 dengan harga USD7.2 bilion. Sejak itu Microsoft sudah bercadang untuk menukar nama Nokia sebagai 'Microsoft Lumia' kecuali untuk telefon pintar asas (basic phone) seperti Nokia 130 yang mungkin kekal dengana nama tersebut.


Nokia Lumia 730 dan 830 yang baru dilancarkan itu dikatakan sebagai model yang terakhir menggunakan nama Nokia.

Ura-ura ini timbul apabila tersebarnya satu status FB rasmi milik Nokia France yang mengatakan:

In the coming days, you will receive a message from Facebook about changing the name of this page. We are on the verge of becoming 'Microsoft Lumia'

Apa pun yang menarik, kita tunggu dan lihat sahaja.