Bermula 1 Oktober 2014, pengajian universiti di Jerman adalah percuma setelah Lower Saxony menjadi negeri terakhir menyertai 'Polisi Pendidikan Percuma'.

Jerman mungkin tidak berada pada kedudukan 10 teratas sepertimana laporan Ranking Times Higher Education tetapi menjadi tumpuan kerana polisi pendidikan percumanya termasuklah untuk pelajar antarabangsa.

"Tuition fees are socially unjust," (yuran pengajian adalah tidak adil dari segi sosial) ini disebut oleh Dorothee Stapelfeldt, ahli di dalam Parlimen Hamburg (salah satu daripada 16 negeri di dalam Jerman). Pengenaan yuran pengajian mengakibatkan orang muda yang tidak mempunyai keluarga berlatarbelakang akademik untuk tidak meneruskan pengajian. Adalah menjadi tanggungjawab utama di dalam politik untuk memastikan semua orang mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi secara percuma di Jerman.

"Adalah menjadi satu tradisi di sini bahawa pendidikan adalah percuma bermula dari awal hingga ke akhirnya, dan itu sesuatu yang sukar untuk diubah," kata Dr. Holger Fischer, Naib Presiden University Hamburg.

Apa yang berlaku memberi motivasi dan contoh kepada Canada Federation of Students (CFS) yang membantah hutang pinjaman pendidikan yang kini mencecah C$15 bilion (RM 43 bilion) setelah yuran pendidikan naik tiga kali ganda sejak 20 tahun lalu. CFS menyatakan pendirian bahawa pendidikan seharusnya percuma.

Di Malaysia jumlah pinjaman tertunggak PTPTN mencecah RM3.5 bilion dan jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN adalah RM43 bilion