iPad 3 baru jer lancar 7 bulan lepas, sekarang dah ada versi baru; iPad 4 tapi Apple gunapakai terma 'new iPad', dah takde nombor versi. Nama rasmi 'iPad with Retina Display'.

Umumnya sama sepertimana iPad 3 cuma 'upgrade' sikit sana sini. Display masih lagi Teknologi Retina dengan resolusi  2048x1536 dan 264ppi. Yang best, prosesor A6X-dual core dengan Quad-core grafik; memberi prestasi dua kali lebih baik berbanding iPad 3. Kamera iSight 5MP dengan 1.2 MP kamera paparan hadapan.

Kalau dah ada iPad 2 memang berbaloi upgrade ke iPad 4 sebab iPad 2 tiada Retina. Tapi kalau dari iPad 3, agak seperti tidak berbaloi. Harga bernula USD399, dah boleh pre-order pada 26 October 2012.


Pelancaran iPad mini dan iPad 4 dari Apple