Penantian berakhir jua, tanpa majlis yang serba megah, Sony Xperia Z4 diumumkan di Jepun melalui sebuah laman web tempatan.

Walau bagaimanapun ia secara rasmi akan dilancarkan sekitar musim panas akan datang. Namun, tidak diketahui sama ada akan masuk ke pasaran antarabangsa.

Seperti apa yang dijangkakan, Sony Xperia Z4 hanyalah naiktaraf yang kecil berbanding Z3 yang dilancarkan September lepas di mana rekabentuknya masih kekal sama.


Apa yang berbeza? Pemproses lebih berkuasa 2GHz Snapdragon 810 lapan teras, lebih nipis - 6.9mm, lebih ringan sekadar 144g.

Spesifikasi lain seperti berikut:
  • Skrin 5.2" FHD
  • Ciri kalis air dan debu
  • 3GB RAM
  • MicroSD
  • 20.7MP untuk kamera utama dan kamera hadapan 5.5MP dengan lensa sudut lebar serta penstabilan imej
  • Storan 32GB
  • Bateri berkapasiti lebih rendah; 2930mAh berbanding 3100mAh pada Z3
  • Android 5.0 Lollipop