Microsoft telah pun mengumumkan pelancaran Windows 10 dan boleh dimuat turun bermula 29 Julai secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1.

Promosi ini akan berlangsung selama setahun. Bagi pengguna Windows 8, anda perlu naiktaraf ke Windows 8.1 terlebih dahulu.


Bagi mereka yang layak, notifikasi akan diberikan secara automatik dan anda seterusnya boleh menaiktaraf secara percuma. Pastikan kuota internet anda cukup kerana saiz naiktaraf sebesar 3GB, untuk pengguna streamyx or jalur lebar yang lain tiada masalah.