Pengeluar Blackberry; sehingga 2 Mac 2013, Research In Motion (RIM) telah menjual lebih satu juta telefon pintar Blackberry Z10 yang baru dilancarkan.


Meet the Blackberry 

Harga yang ditawarkan bermula RM2,188 namun difahamkan telefon tersebut tidak menyokong capaian rangkaian 4G negara ini seperti yang ditawarkan di AS.

 Unboxing & Review

Model telefon pintar itu boleh didapati dalam warna berbeza iaitu hitam dan putih serta dilengkapi ciri tayangan gambar pada skrin yang jelas. Ia mempunyai dimensi:130 x 65.6 x 9mm dengan berat 137.5g bersama skrin 4.2 inci, 768 x 1280 piksel selain setoran tersedia 16GB yang beroperasi pada RAM 2GB. Manakala kameranya lengkap 8MP di samping set pemproses Dual Core 1.5 GHz.

Berbeza dengan kebanyakkan peranti pada hari ini, BlackBerry Z10 membawakan bateri yang boleh ditanggalkan, disamping turut menyertakan sokongan NFC, mikro-HDMI dan juga pengecasan melalui mikro-USB. BlackBerry Z10 akan dijual di Malaysia bermula daripada bulan Mac ini, dimana untuk pasaran Malaysia, ia membawakan tanda harga RM2188.

Peranti ini akan ditawarkan melalui Maxis bermula 9 Mac, dan diikuti oleh Celcom & DiGi bermula 8 April. Dijangkakan pihak RIM akan turut memperkenalkan tablet terbaru mereka yang berasaskan Blackberry 10. Sebelum ini satu-satunya tablet keluaran blackberry adalah Playbook.