Hari ini adalah hari kedua bagi tahun terakhir hayat Windows XP.

Bermula 8 April 2014, secara rasminya Microsoft akan menamatkan sokongan (support) terhadap Windows XP yang bermaksud tiada lagi Service Pack dan Patches setelah genap 12 tahun.

Anda dinasihatkan untuk beralih ke versi Windows yang terbaru sama ada Windows 7 atau Windows 8 kerana Microsoft tidak akan lagi bertanggungjawab di atas segala permasalahan keselamatan yang akan berlaku.

Difahamkan ketika ini, 38% PC masih lagi menggunakan Windows XP untuk berhubung ke internet (Sumber: NetMarketShare). Bayangkan 38% PC terdedah kepada jenayah siber, apa akan berlaku.

Proses naiktaraf WinXP kepada Win7 atau Win8 untuk individu mungkin mudah tetapi bagi organisasi perniagaan dan badan-badan kerajaan terutamanya agak sukar kerana melibatkan kos yang tinggi. Pada Windows Blog ada menyatakan bahawa; “If your organization has not started the migration to a modern desktop, you are late.” 

Jom upgrade Windows .... hehe