Perkhidmatan Unifi dijangka akan tiba di Kelantan pada penghujung tahun ini berikutan kerja-kerja menaiktaraf transmitter di Kota Bharu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari ketika menjawab di sidang Dewan Rakyat.

Beliau menyatakan penambahan perkhidmatan internet gentian optik (fibre optic) telah memasuki fasa baru di mana infrastruktur utamanya telah siap sedia di beberapa lokasi di negeri ini.

Buat masa ini, perkhidmatan Streamyx dengan kelajuan 4Mbps dan 8Mbps telah pun ada di kebanyakan lokasi di sini.