Nokia telah melancarkan Lumia 625 di pasaran tempatan baru-baru ini dengan harga RM939. Lumia 625 sebagai taruhan utama Nokia bagi menguasai pasaran telefon pintar segmen pertengahan (mid-range smartphone).
Rekabentuknya hampir sama seperti versi 620 sebelum ini dengan penutup belakangnya boleh dibuka dan ditukar-tukar mengikut warna yang diminati. Lumia 625 berdimensi 133.2 x 72.2 x 9.2mm dan seberat 159 gram.
Lumia 625 hadir dengan sistem pengoperasian Windows Phone 8, pemproses dwi-teras 1.2GHz Snapdragon S4, sokongan 4G, Storan 8GB (sehingga 64GB dengan microSD), bateri 2,000mAh dan RAM 512MB.
Walaupun mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci, namun resolusi yang diberi hanyalah sekadar 800x480 (201 ppi), ini agak sedikit mengecewakan. Kamera utama juga hanya 5MP yang bagi saya sudah cukup untuk pengguna yang biasa-biasa sahaja. Tetapi sekiranya anda mencari telefon pintar yang menyokong 4G atau LTE dengan bajet sederhana mungkin ini boleh menjadi item di dalam senarai anda.
1 Comments
agak mahal dari spec berbanding Huawei G600 dan Lenovo smartphone...
ReplyDeletePost a Comment