iPhone 5c is more than just a color phone. It's an entirely new expression of what iPhone can be. Apple telah pun mengumumkan versi baru telefon pintar mereka yang dikenali sebagai iPhone 5C dan iPhone 5S.


Dikatakan bahawa iPhone 5C adalah versi bajet mereka namun tiadalah murah mana bagi kita. IPhone 5C adalah serupa dengan versi iPhone 5 sebelum ini, yang berbeza adalah tawaran lima warna mereka iaitu hijau, biru, kuning, pink dan putih. Ia ditawarkan dengan anggaran harga 469 pound (USD550-650).




Spesifikasi adalah sama dengan versi iPhone 5C sebelumnya cuma mempunyai kerangka plastik berwarna dengan versi baru iOS7; turut hadir dengan kerangka luaran getah untuk perlindungan lebih baik, lebih warna warni (di mana C bermaksud Color ie Colorful).




iPhone 5C dilengkapi dengan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina. Ia juga turut menggunakan cip pemprosesan A6 seperti versi sebelum ini yang direka oleh Apple, membawakan sokongan prestasi dan juga grafik baik, disamping efisyen dalam penggunaan kuasa.

Dari segi kamera pula, iPhone 5C dilengkapi dengan kamera 8MP, disamping membawakan kamera hadapan 1.2MP dengan sokongan FaceTime HD.