Android 4.4 KitKat akhirnya telah rasmi dilancarkan. Beberapa perubahan dan ciri-ciri baru telah dimasukkan ke versi terbaru ini. Walau bagaimanapun, apa yang dirasa dan dilihat tetap sama.


Antara yang menarik adalah arahan melalui ciri pengecaman suara. Hanya sebut sahaja, peranti anda akan melaksanakannya. Kemaskini Android 4.4 KitKat akan hadir bersama Nexus 5; turut ditawarkan kepada Nexus 4, 7 dan 10 tidak lama lagi sebelum kepada Samsung Galaxy S4 serta HTC One Google Play Edition. Mari kita lihat video di bawah untuk lebih memahami pelbagai ciri baru yang dipersembahkan.