Riwayat:
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak
seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa dengan niat kerana Allah
sahaja, nescaya akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api
neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.
Huraian Hadith:
- Setiap orang yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya dengan amalan-amalan lain, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh tujuh puluh tahun lamanya sesuatu perjalanan.
- Amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh seseorang walaupun sedikit tetapi dapat memberi syafaat kepadanya di akhirat, jika dibandingkan dengan mereka yang banyak melakukan kebaikan tetapi tidak ikhlas, akan merugikan mereka sendiri.
Sumber: JAKIM dan AWANI
2 Comments
Semoga Ramadhan kali ini lebih penuh keberkatan dan hidayah ~_^
ReplyDeleteameen (o)
ReplyDeletePost a Comment