Supermoon atau secara saintifiknya Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang besar dan terang dan berlaku hanya sekali setahun. Fenomena ini turut dikenali sebagai 'New Moon'.

Ianya terjadi apabila kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa kerana bulan berputar dalam paksinya mengelilingi bumi dalam bentuk bujur dan bukan bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan bumi dan mencetuskan fenomena supermoon.


Tidak dinafikan bulan adalah punca kepada pasang surut air laut disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan bumi. Sekiranya fenomena ini berlaku ketika air pasang maka akan tercetus Air Pasang Besar.


Secara umumnya musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur berlaku kesan daripada Monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan November hingga Mac setiap tahun.

Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. 

Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak serta Sabah.

Secara teorinya, fenomena 'New Moon' yang menyebabkan 'Air Pasang Besar' dan berlaku serentak dengan Monsun Timur Laut telah mencetuskan bencana Banjir Luar Biasa di Malaysia ketika ini.



 Hanya kepada Allah kita bermohon dan hanya Dia penentu segalanya. Amin.