Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan
Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota
Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya,
Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan
keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan
Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau
terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di
Kampung Kedai Lalat.
Di
situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar
Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau
mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum
ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu
usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji
Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu.
Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun
berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada
masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan
Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata
pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti
Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru
menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun
usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni
(sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang
lebih tua.
Pada
tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili,
Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul
Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir
al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika
di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru
Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani
dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada
1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada
1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan
memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab
kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A)
dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian
beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair
Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada
1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi
oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum,
Pulau Melaka.
Pada
sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah
Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau
menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau
menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi
calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang
Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di
kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
Semut Api hingga sekarang.
Pada
1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995.
Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang
ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada
1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian
Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu
era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu
tugas yang kecil.
Pendakwah :
Dengan
pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi
dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian
yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih
ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau
itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan
Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah
diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan
beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan
para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati
penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya
tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat
sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat
pengajian tinggi.
Keistimewaan :
Satu
perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak
sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah
siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun
beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah
ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap
pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja
yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3.
Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia
peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30
Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada
usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin
Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu
iaitu tahun 1962.
Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka
adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik
Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’
Salsabila.
Kehidupan
beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang
tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di
rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau
juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga
dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga
dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung
pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum
terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan
kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri
Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli
Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal
berturut-turut.
Selama
menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea,
saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan
Rakyat.
5 Comments
I am extremely impressed along with your writing abilities, Thanks for this great share.
ReplyDeleteI don't know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time. Thanks a million for sharing this article.
ReplyDeleteHi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.
ReplyDeleteGan...Follow me yaach??
ReplyDeleteThis is the precise weblog for anybody who needs to seek out out about this topic. You notice so much its almost arduous to argue with you. You positively put a brand new spin on a subject that's been written about for years. Nice stuff, simply nice!
ReplyDeletePost a Comment