Amazfit Bip 3 Pro | Think Big, Think Bip





Bersedia dengan tawaran baharu daripada Huami; Amazfit Bip 3 dan Bip 3 Pro. Kedua - duanya menampilkan paparan berwarna 1.69" dan dapat bertahan sehingga 14 hari di dalam satu pengecajan, di samping ketahanan tekanan air 5 ATM.

Jam pintar ini menggunapakai RTOS (Real Time Operating System) bagi mengurangkan kos, justeru harga dapat dikurangkan. Kelemahannya, tidak dapat memuat turun aplikasi pihak ketiga (third-party apps).

Banyak ciri - ciri penjejak kesihatan yang dilengkapkan di dalam peranti ini. Antaranya mengukur tahap SpO2, pemantauan 24 jam kadar denyutan jantung dan kepelbagaian 60 mod sukan.

Namun, apakah yang membezakan kedua - dua varian ini? Amazfit Bip 3 Pro hadir dengan ciri GPS terbina dalam manakala varian biasa tiada GPS ditawarkan. Dengan tawaran harga lebih murah ianya adalah pilihan yang lebih baik berbanding Garmin Vivosmart yang tidak mempunyai ciri GPS.


Amazfit Bip 3 ditawarkan dengan harga RM199 manakala varian yang mempunyai ciri GPS; Amazfit Bip 3 Pro berharga RM249.

Sumber: Amazfit