Admin belum pernah lagi melihat pengeluar gajet mengeluarkan model khusus untuk adik-adik comel kita. Sekarang, Samsung dah keluarkan Galaxy Tab 3 Kids. Macam-macam ada Samsung la ni, semua kumpulan umur nak masuk, strategi perniagaan katanya.

Dari segi spesifikasi teknikal asasnya sama seperti Galaxy Tab 3 7.0 cuma bezanya antaramuka yang comel, aksesori dan pelbagai perisian unik yang hanya sesuai untuk adik-adik comel sahaja. hehe...



Spesifikasi lain, skrin 7 inci dengan resolusi 1024 x 600 piksel, pemproses dwi-teras 1.2GHz, 1GB RAM, storan dalaman 8GB (boleh naiktaraf sehingga 32GB dengan microSD), bahagian tepinya berasaskan plastik lembut untuk memudahkan genggaman anak-anak dan mudah dibawa. Kamera utama dengan 3MP dan kamera hadapan 1.3MP. Turut disertakan C Pen berbanding S Pen untuk yang biasa.

Perisiannya dilengkapi aplikasi pendidikan, permainan dan hiburan yang sesuai, juga terdapat beberapa koleksi e-buku. Melalui Application Manager, ibubapa boleh menentukan aplikasi apa yang boleh dibuka untuk satu-satu masa (bersama katalaluan).

Untuk mengelakkan kanak-kanak menggunakan tablet untuk masa yang lama, Samsung turut sama menyertakan aplikasi Time Management, dimana ia akan mengunci tablet berkenaan setelah melangkaui suatu jangka masa yang ditetapkan.

Menarik bukan, gajet ini akan dilancarkan di Korea pada September dan seluruh dunia kemudiannya. Selepas ini, setiap ahli keluarga ada Galaxy masing-masing yang padan. hehehe