Bukan Apple dan Samsung sahaja yang berentap di dalam arena Tablet dan Telefon Pintar, Google yang mendominasi dunia internet dengan 'Google Search', turut berminat berentap sama dengan melancarkan 'Google Nexus'. Google Nexus adalah satu rangkaian peranti mudahalih (portable devices); mengaplikasikan Android OS yang dicipta oleh Google.
Peranti ini tidaklah dihasilkan sendiri oleh Google tetapi dengan kerjasama syarikat pembuat luar. Ada tiga variasi Nexus. Google Nexus 4; telefon pintar terkini dihasilkan oleh LG, Google Nexus 7 untuk tablet bersaiz 7 inci dihasilkan oleh Asus manakala yang terbaru adalah Google Nexus 10 (tablet 10 inci) dilancarkan dengan kerjasama Samsung. Kesemuanya akan hadir dengan versi terbaru Android 4.2 OS dan dengan pilihan 675,000 app dan permainan menerusi Google Play.
Spesifikasi Nexus 4 (LG):
Skrin 4.7" (1280x76) with Corning Gorilla Glass 2
1.5 GHz quad-core Snapdragon S4 Pro
2 GB RAM, dengan storan 8 atau 16GB
Kamera 8MP dengan 1.3MP untuk kamera paparan hadapan
Spesifikasi Nexus 7 (Asus):
Skrin 7" WXGA (1280x800) IPS panel
1.2GHz Nvidia Tegra 3 quad-core chip
1 GB RAM, dengan storan 8, 16, atau 32 GB
Kamera 1.2MP
Spesifikasi Nexus 10 (Samsung):
Skrin LCD 10.055-inch , (2560×1600) with Corning Gorilla Glass 2
1.7GHz dual-core Samsung Exynos
2GB RAM dengan storan 16 atau 32GB
Kamera 5MP dengan 1.9MP untuk kamera paparan hadapan
0 Comments
Post a Comment