Pernah guna Microsoft Messenger atau Live Messenger? Messenger adalah IM (Instant Messaging) sama seperti Yahoo Messenger atau YM. Biasanya YM lebih femes, saya sendiri juga jarang guna Messenger hanya YM sahaja, itu pun dah jarang pakai, sebab facebook sekarang dah boleh chating... :)

Microsoft membeli Skype pada tahun 2011 dengan harga USD8.5 billion. Dan sekarang menggabungkan fungsi Messenger ke dalam Skype sepenuhnya.

Bagi pengguna Messenger akan ada pilihan untuk log masuk dengan akaun Messenger dan memilih pilihan (option) untuk gabungkan kedua-dua akaun (merge account) seperti gambar di bawah. Setelah selesai senarai rakan (friend list) akan bersatu dengan chat list Skype.