Apple melancarkan versi baru iMac bagi menggantikan versi lama iMac, hadir dengan pemproses generasi ketiga Intel Core CPU i5 atau i7 (aka Ivy Bridge) dan paparan skrin yang begitu nipis setebal 5mm sahaja.

Spesifikasi:
Resolusi masih lagi kekal sama seperti generasi iMac sebelumnya iaitu 2,560x1,440 pixels untuk model 27-inch dan 1,920x1,080 pixels untuk versi 21.5-inch. Pilihan cip pemprosesan grafik Nvidia GeForce 640M/650M/660M/675M. Harga bermula USD1,299 untuk model 21.5" (November 2012) manakala versi 27" pada harga USD1,799 (mula diedar Disember 2012).


New iMac hands-on