Kalau anda tidak berjaga-jaga, keadaan seperti gambar di atas boleh terjadi. Keadaan ini biasanya kita tak terfikir pun akan berlaku. Sekiranya anda menggunakan desktop PC, tiada masalah kerana untuk membuka dan membersihkannya agak mudah tetapi untuk komputer riba memang bermasalah.

Jika laptop sentiasa reboot/restart atau tetiba tertutup sendirinya mungkin laptop anda overheated. Cara mudah hanya merasa dengan tangan anda, lebih panas dari biasa? Mungkin overheated / panas lampau.
  1. Jangan letakkan laptop anda di atas tilam atau fabrik.
  2. Pastikan laluan udara tidak terhalang
  3. Gunakan laptop cooler
  4. Jangan simpan dalam beg kecuali laptop telah dimatikan
  5. Rajin-rajin bersihkan laptop anda terutama di bahagian laluan udara
    (boleh guna udara mampat / compressed air)
  6. Jika mampu untuk mencerakinkan laptop mungkin lebih baik tetapi tidak digalakkan, adalah lebih sesuai diberi kepada yang pakar.
  7. Paling senang, hantar kedai ... hehe
goreng telur pon boleh..... :)

Extreme DIY Cooling ... :p