Intel baru-baru ini telah memperkenalkan generasi baru thumb drive atau pen-drive. Kali ini dengan menggunakan teknologi Thunderbolt. Ketika pameran dagangan Computex di Taipei, Intel mempersembahkan prototaip 128GB thumb drive berbentuk kunci yang mengandungi SanDisk SSD untuk menyimpan data serta tiada kabel, malah serupa dengan mana-mana thumb drive yang biasa digunakan.

Thunderbolt mempunyai kelajuan pemindahan data sehingga 10Gbps, lebih laju berbanding USB 3.0 (5Gbps) dan USB 2.0 (480Mbps). Kelajuan Thunderbolt dijangka meningkat susulan dengan pengumuman Intel untuk memajukan Thunderbolt 2 dengan sokongan kelajuan sehingga 20Gbps.

Ketika ini, hanya Mac generasi baru dan sebahagian kecil PC menggunakan teknologi ini.


Kabel Thunderbolt Apple