Proton Saga SV
Proton Saga 1.3L versi mampu milik @ SV @ Super Value dilancarkan oleh Proton dengan golongan berpendapatan rendah sebagai sasaran dengan harga bermula RM33,348 dan ansuran serendah RM250.
Proton Saga SV dikuasakan enjin 1.3 liter Campro IAFM dengan transmisinya tersedia pilihan manual atau automatik CVT.
Menurut sumber industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.
Sementara itu, varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara.
Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.
Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).
*klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Tags
Kehidupan
1 Comments
mobil bagus juga (h)
ReplyDeletePost a Comment