PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.
Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.
Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.
Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?
Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3
orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian,
persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana
mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami
isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan
dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak
mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?
Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced
ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat
membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam
RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus
setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira
RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres
pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu
sebulan sekarang?
Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:
i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.
ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.
iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.
iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.
v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.
vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.
Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.
Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini.

Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
*admin br beli rumah, 175K. tu pun umah 2nd. Umah teres baru...hurm 300K
11 Comments
aku pum kalau pikir hutang, rasa macam x nak blajar je.. dan x nak kawen je.. takut
ReplyDeleteutang trs kapan bayarnye, rakyat makin menderite
ReplyDeleteHarga rumah dan kereta di Malaysia melebihi harga yang sepatutnya. Kadarnya terlampau tinggi belum lagi masuk interestnya. Kerajaan yang prihatin sepatutnya memandang serius perkara berkaitan harga 2 benda ini yang merupakan keperluan utama rakyat. Tapi ieyelah.. Kerajaan kita buat pandang tak pandang hal ini.
ReplyDeleteMemang masalah hutang tak ada habis habisnye
ReplyDeleteSaya jadi sedih lihat krisis yang berkepanjangan, mampir keblog saya kak
ReplyDeleteI do not know, why I get into this blog..
ReplyDeleteBut Nice blog :)
hot-movie69.blogspot.com
Nice Blog.... :-) and visit blog me...
ReplyDeletehutang
ReplyDeleteKami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
ReplyDeletebantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
Masalahnya, jika anda mengalami kekacauan kewangan dan memerlukan dana
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
bil, mulakan perniagaan yang baik atau anda merasa sukar
dapatkan modal pinjaman dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
Nama anda: ______________________
Alamat Anda: ____________________
Negara anda: ____________________
Tugasan anda: __________________
Amaun pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon mudah alih: ________________
Adakah anda memohon pinjaman terdahulu: ________________
Sekiranya anda memohon pinjaman terlebih dahulu, di manakah anda dilayan dengan jujur? ...
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, huru hara, dan cabaran
hubungi FIRM PINJAMAN REBECCA WILLIAMS hari ini melalui e-mel:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
Dear Loan Seeker's!
ReplyDeleteWe are Abdul Wei Financial Group! We offer accessible & affordable loans to individual and companies world wide. If you're still wondering if it's possible to secure loans without collateral or low credit score, well, it is possible. We offer loans at 3% ranging from US$50,000.00 to US$100,000,000.00. Contact us for more information e-mail: abdulweifinancialgroup@gmail.com
Do you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals-
ReplyDelete*Commercial finance
*Personal finance
*Business finance
*Construction finance
*Business finance And many More:
and many more at 1% interest rate;
Contact Us Via
Email : bdsfn.com@gmail.com
Emaill: anatiliatextileltd@gmail.com
Name :
Country :
Phone number :
Amount Needed as Loan :
Purpose of Loan :
Email : bdsfn.com@gmail.com
Emaill: anatiliatextileltd@gmail.com
Best Regards.
Mrs.Carol Anderson
Post a Comment