Sony telah pun melancarkan telefon pintar kalis air mereka yang lebih power dari Xperia Z iaitu Sony Xperia ZR (tambah R jer). Dengan butang kamera yang wujud secara berasingan membolehkan anda untuk merakamkan video-video (HDR) menarik ketika snorkeling atau di kolam renang secara full HD. Bersama teknologi Exmor RS dan kamera 13MP Sony, tiada lagi masalah untuk mengambil gambar ketika cahaya kurang (Low Light).

  • Sony Xperia ZR hadir dengan skrin 4.55", paparan HD 720p dan resolusi 1280x720 (443 piksel per inci). 
  • Pemproses 4-teras Qualcomm Snapdragon S4 Pro 1.5GHZ dengan 2GB RAM dan Adreno 320 GPU. Reality Display dengan Mobile BRAVIA Engine 2 memberikan paparan lebih jitu (adaptasi dari teknologi Sony Bravia TV) 
  • Panel OptiContrast dan Direct Touch memberikan paparan lebih jelas walaupun di bawah terik mentari. 
  • Piawai IP55 & IP57, kalis air sehingga 1 meter untuk 30 minit. Juga kalis debu. 
  • STAMINA mode untuk mempertingkatkan hayat bateri. 
  • Sokongan LTE/4G 
  • Harga di Malaysia, RM1,699