Xiaomi amat dikenali dengan rangkaian telefon pintar serta tablet premium dengan harga yang rendah dan kini berkembang pesat dengan pelbagai portfolio peranti pintar. Kini, pihak Xiaomi telah melancarkan Redmi Pro pada 27 Julai yang lalu di dalam satu majlis di Beijing.
Redmi Pro dibina dengan rekaan logam penuh, skrin kaca 2.5D dan paparan 5.5" OLED HD Penuh dengan resolusi 1080 x 1920 pada 342 PPI. Redmi Pro dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio X25 sepuluh teras, memori 3/4GB, bateri 4050mAH dan storan 64/128GB serta sokongan 4G LTE untuk dua kad SIM.
Walau bagaimanapun versi asas Redmi Pro menawarkan memori 3GB, storan 32GB dan dikuasakan oleh Mediatek Helio X20.
Turut mempunyai pengimbas cap jari namun bukan di belakang tetapi terbina dalam di bawah butang 'Home'. Ini membolehkan peranti ini menggunapakai dua kamera utama, pertama kali seumpamanya untuk peranti dengan harga berpatutan.
Dua kamera utama dengan kemampuan optik 13MP dari Sony dan 5MP dari Samsung. Manakala kamera selfie berkeupayaan optik 5MP. Pihak Xiaomi menyatakan bahawa Redmi Pro ini mampu untuk merakam gambar dengan kesan Bokeh sama seperti kamera DSLR.
Dengan pilihan tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu gelap, harga ditawarkan ialah:
RMB1499/~RM915 (Helio X20 + 32GB + 3GB RAM)
RMB1699/~RM1037 (Helio X25 + 64GB + 3GB RAM)
RMB1999/~RM1221 (Helio X25 + 128GB + 4GB RAM)
2 Comments
Find the best details about mobile phones at edial to get more information
ReplyDeleteمكافحة حشرات بجدة
ReplyDeleteمكافحة الحشرات بجدة
تنظيف خزانات بجدة
تنظيف الخزانات بجدة
تنظيف فلل بجدة
تنظيف فيلات بجدة
عزل خزانات بجدة
عزل الخزانات بجدة
http://www.alashrafclean.com/
Post a Comment