Ianya bukan Xiaomi tanpa membuat kejutan. Ketika melancarkan Redmi Pro, Xiaomi turut melancarkan komputer ribanya tersendiri iaitu Xiaomi Mi Notebook Air; nama seakan-akan Apple Macbook Air bahkan rekaannya juga hampir serupa.


Ditawarkan dengan dua saiz iaitu 13.3" dan 12.5", kedua-duanya mempunyai binaan yang nipis, paparan 1080p, papan kekunci bercahaya, menyokong USB Type-C serta hadir dengan dua warna iaitu emas dan perak. Namun apa yang menarik ialah harganya cuma RMB4,999 (RM3,034) untuk saiz 13.3" dan RMB3,499 (RM2124)  untuk saiz 12.5"; berdasarkan nilai tukaran wang semasa.


Spesifikasi Versi 13.3"
  • 14.8mm dan 1.28kg
  • Intel Core i5-6200U (dua-teras, 2.3GHz, turbo sehingga 2.7GHz)
  • Nvidia GeForce 940MX dengan 1GB GDDR5 RAM
  • 8GB DDR4 RAM
  • 256GB SSD
  • Bateri 40Wh
Spesifikasi Versi 12.5" (Basic)
  • 12.9mm dan 1.07kg
  • Intel Core M3 CPU 
  • GPU terbina dalam
  • 4GB RAM
  • 128GB SSD