Nampaknya bukan Xiaomi sahaja yang ingin menyaingi Apple, bahkan Lenovo juga turut melancarkan komputer riba 'Air' mereka sendiri untuk menandingi Xiaomi Mi Notebook Air dan juga Apple Macbook Air.

Sungguh ironi apabila spesifikasi Lenovo 13 Air Pro hampir menyamai spesifikasi Xiaomi Mi Notebook Air. Kedua-dua peranti ini merupakan menjadi pesaing utama kepada Apple. Lebihnya mereka ialah dari segi penggunaan kad grafik tersendiri. Manakala Lenovo mempunyai pengesan cap jari untuk berbeza dengan Xiaomi yang menggunapakai ciri 'unlock' dengan peranti Mi Band 2 melalui sambungan Bluetooth 4.1.


Spesifikasi Lenovo Air 13 Pro:
  • Paparan 13.3" HD Penuh
  • Pemproses Skylake Intel Core i5 atau i7 
  • Storan 256GB / 512GB SSD
  • Memori 4GB / 8GB RAM
  • Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 940MX
  • Pengesan cap jari
Harga pra-tempah di China untuk kedua-dua versi ialah RMB4,999 (RM3,051). Tetapi akan naik dan berbeza apabila dijual di pasaran kelak dengan harga:
  • Intel Core i5 + 4GB RAM + 256GB SSD (RMB5,499 / RM3,356)
  • Intel Core i7 + 8GB RAM + 256GB SSD (RMB6,299 / RM3,845)
  • Intel Core i7 + 8GB RAM + 512GB SSD (RMB6,999 / RM4,272)
*Harga kasar berdasarkan tukaran wang semasa, tidak termasuk GST dan kos-kos lain.