Samsung Galaxy Note 7 yang dilancarkan di New York pada 2 Ogos yang lalu mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Galaxy S7 Edge, cuma bezanya pada stylus S-Pen. Samsung melangkaui nama Note 6 dan terus ke Note 7 bagi menyamai susunan Galaxy S7.

Peranti ini mempunyai ciri kalis air (IP68) dan kamera yang baik. Ia merupakan Telefon pintar pertama menggunakan Corning Gorilla Glass 5, Galaxy pertama yang menyokong USB-C dan ciri pengimbas iris. Ditawarkan dengan empat warna iaitu Coral Blue, Gold, Silver dan Black.



Spesifikasi:
  • Snapdragon 820 (US) atau Exynos 8890 (selain US)
  • Skrin lengkung 5.7" AMOLED
  • 4GB RAM
  • Storan 64GB
  • Sokongan kad mikro-SD sehingga 256GB
  • Android 6.0.1
  • Kamera utama 12MP f/1.7 dengan kemampuan rakaman video 4K
  • Kamera hadapan 5MP f/1.7
  • Sokongan USB-C
  • Pengimbas iris (iris scanner)