Semua subsidi untuk petrol RON95 dan diesel akan dihentikan bermula 1 Disember 2014, demikian kata Datuk Hasan Malek.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mengumumkan perkara itu di dalam satu sidang akhbar pada hari ini (21 November 2014). Harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel kini ditentukan oleh harga pasaran; mekanisma yang sama digunapakai untuk RON97.

Harga petrol RON95 dan diesel sebelum ini telah dinaikkan sebanyak 20 sen seliter pada 2 Oktober yang lepas.

Pada 27 Oktober yang lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan kerajaan akan menyemak semula subsidi berkaitan bahan bakar.

Pada Rabu lalu pula, petrol RON97 turun 20 sen kepada RM2.55 berbeza sekadar 25 sen berbanding pada harga petrol RON95 iaitu RM2.30

“Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

“Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bulan berikutnya.

Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat, dan sebaliknya,” jelas Hasan.

Tambah beliau, harga runcit RON95 bagi bulan Disember dijangka akan dikurangkan.



Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, ini semua merupakan beban yang sukar untuk digalas. Hapusnya subsidi dan wujudnya GST adalah cabaran kita. Adakah rakyat bersedia. Apakah slogan 'mendengar degup nadi rakyat' itu masih releven?

Terpulang pada pengundi. Wallahua'lam...